Isnin, 31 Mei 2010

Apakah maksud Ikram Muslimin?

Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka] Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.





Nilai Ikram Muslimin - Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya "Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi;- Riwayat At-Tabrani. Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.";- Riwayat Muslim dan Bukhari. Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.";- Riwayat Muslim.
Kesimpulan maksud;- Tunaikan hak saudara seIslam kita tanpa menuntut hak darinya.
Kelebihan;- Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran di dunia dan tujuh puluh dua 72 di Akhirat.
Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis Kisah 3 orang sahabat ketika hampir syahid; Sayangi kanak-kanak, kasih hormat Ulamak dan orang tua; Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan